Wednesday, December 22, 2010
Movie: Rock (2005)
*Pic from Google images
Kalau saya tak 'terserempak' dengan filem ni masa flipping TV channels satu hujung minggu tu memang saya takkan terfikir nak tengok filem ni. Haha. Kurang publisiti ke? Tak taula saya sebab saya mengaku saya bukan peminat tegar filem2 melayu dan memang tak up-to-date tentang perkembangan terkini industri filem melayu(ke Malaysia?).
Tapi memang saya enjoy tengok filem ni :D. Lagu-lagunya best dan membuat saya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu - masa 'rock kapak' mewarnai industri muzik tempatan huhuh. Boleh la saya kata 'dekat di hatiku...'(cilok sikit tagline TV9). Lakonan dan lawak bersahaja dalam filem kena dengan selera saya; saya tak suka lawak2 slapstick yang dibuat secara exaggerated macam nak memaksa penonton gelak, mintak maapla yer..:P. Saya nampak juga yang filem ni bukannya lawak kosong semata-mata, kalau saya tak silap tafsirla, hehe. Ini filem pertama hasil karya Mamat Khalid yang saya tonton, dan semestinya bukan yang terakhir :).
Labels:
movies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
try tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah pulak.. another Mamat Khalid's production..
ReplyDeleteYup mmg plan nak tgk tengah tunggu dvd keluar ni..haritu tak sempat heheh
ReplyDelete